Pages

" ASMA UL-HUSNA "

DENGAN NAMA ALLAH....

“Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku…

amin ya rabbal ‘alamin….”

DAH KENAL? NAK KENAL LG? TENGOK NI YE....

sahabat

“Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik .

Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.”

iklan

Thursday, March 28, 2013

SeMoGa iTu jOdOhKu


Sedikit perkongsian drpd kerisauan seorang sahabat... sahabat yg bakal melangsungkn perkahwinan x lama lg... namun psgn beliau sedang berjuang untuk Negara..... walaubagaimanapun perkongsian ini telah ditukarkan kepada dialog untuk lebih mudah difahami..(dialog beliau bersama psgn... bukan dialog beliau dgn aku)

Sahabat aku: awk kt sana mcm mn. Ok?

Pasanga
nnya: setakat ni Alhamdulillah sy ok je... awk doakan la yg terbaik unt sy k..

Sahabat aku: sy sntiasa doakan yg terbaik n semoga semuanya selamat d sana.. awk dh mkn?


Pasangannya: kat sini semua dh x fikir mkn awk... smpat mkn, kami mkn... kami minum air je unt tmbh tenaga.


Sahabat aku diam seribu bahasa sbb x tau nak bls apa... untuk ceriakan psgnnya dia cuba ubah tajuk...


Sahabat aku: awk rindu sy x?


Pasangannya: rindu tp rindu tu dh jatuh no 10... skrg ni Negara, rakan2 seperjuangan & rakyat sabah yg utama...


Sahabat aku: sy x kisah jatuh no brp pun, tp sy hrp awk balik dgn selamat....


Pasangannya: I’allah... awk doakan la ea... sy pun x tau mcm mn... sy nmpak mati je kt sini... peluru terbang sna sni awk....


Sedikit perkongsian akhir yg buat aku tersentuh:

Pasangannya: awk, pergi la tdo.. esok nk keja kan.... jga diri k... sy xleh tdo.... klu sy tdo sapa nk jga diorg....

Sahabat aku: baik awk... nnt awk jga sy tdo lak ea... sy tgu awk....
(sahabat aku bls dgn nada bergurau untuk mengurangkan bebanan kerisauan pasangannya)

Bila aku dpt perkongsian ini, trus aku teringat kpda seorg pewira Negara yg terkorban yg bkl bertunang ujung tahun ini.... Panjang lg kisahnya... tp x mmpu aku nk smbung cerita sbb x mmpu menahan sebak menaip kisah ini... sahabat ini x mmpu menunjukkn kesedihan beliau krana dia perlu kuat unt pasangannya... dia cerita pun sambil ketawa tp dlm dalam mata beliau, berlinangan air mata.... apa2pun semoga semuanya kembali aman dan pasangan ini dipanjangkan jodoh mereka... amin....
marilah sama2 kita menghargai jasa pejuang Negara...

Tuesday, October 2, 2012

SAYANGI IBU ANDA...

SELASA (2/10/2012)
0750am

(Lokasi : Presint 5, Putrajaya)

Perbualan di pagi hari bersama seorang ibu.


Aku: akak dr mana kak??
Akak tu: dr banting Selangor...
Aku: akk dtg sendiri ke @ dgn van?? Jauh tu kak...
Akak tu: datang sendiri.. naik moto dengan anak.
Aku: akk naik moto dr Banting????
Akak tu: a’ah.. kul 5.30 akk dh kluar dr umah... klu hujan tu susah sikit la....
Aku: ooo.... xpe la kak.... nak cari rezeki kan... keja lek lok ea kak...


Akak tu senyum je....
(pastu pnjg lg la perbualannya... x larat nk taip kt sini)

MORAL OF THE STORY: 
SEORANG IBU SANGGUP BUAT APA SHJA DEMI MENCARI SESUAP NASI UNT ANAK2 DAN KELUARGA.... OLEH ITU, SAYANGILAH IBU BAPA ANDA.

Thursday, May 31, 2012

"LOVE"

wHEN wE lOVE a pERSON,
wE’RE aLSO pREPARED tO cRY bECAUSE oF tHEM...

lOVE iS a gIFT, fOR pEOPLE wHO dISLIKE lOVE....
tHEY cALL iT a rESPONSIBILITY,

aND tHOSE wHO oNLY wANT tO pLAY wITH lOVE....
tHEY tHINK oF iT aS a gAME,

aND tHOSE wHO hAVE nEVER fELT lOVE....
 tHEY cALL iT a dREAM,

aND fOR pEOPLE wHO hAVE tRULY lOVED...
aND tHEIR lOVE wASN’T mEANT tO bE,
tHEY cALL iT fATE.






Wednesday, January 4, 2012

PERKONGSIAN KETIKA BERWUDHUK <<-- from FB

Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku
ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar
dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan. 
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul
Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, 
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau
dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang
tersendiri.

Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?.

Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?.
Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu..share laa kpd rakan-rakan yang lain. Insya Allah dapat pahala berdakwah.

Wasallam....

Wednesday, December 21, 2011

ANGKA 5 DALAM ISLAM


Angka 5 banyak sekali dikaitkan dengan amalan dan peristiwa Islam. Antaranya ialah:-

1)      5 waktu solat fardhu semalam yang wajib didirikan oleh setiap individu Muslim:
a.       Subuh
b.      Zuhur
c.       Asar
d.      Maghrib
e.      Isyak

2)      5 rukun Islam iaitu:-
a.       Mengucap dua kalimah Syahadah
b.      Solat 5 waktu sehari semalam
c.       Berpuasa di bulan Ramadhan
d.      Mengeluarkan zakat
e.      Mengerjakan haji di Baitullah

3)      5 hukum syariah Islamiyah iaitu:-
a.       Wajib
b.      Haram
c.       Sunat
d.      Makhruh
e.      Mubah (Harus)

4)      5 dosa besar yang dirakamkan di dalam Al-Quran:-
a.       Syirik kepada Allah
b.      Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alas an yang hak
c.       Memakan riba
d.      Memakan harta anak-anak yatim
e.      Menuduh wanita-wanita baik. Terpelihara kehormatan lagi terpelihara keimanannya melakukan zina

5)      5 perkara yang menyebabkan seseorang itu tercebur di dalam munafik tulen, iaitu:-
a.       Suka bercakap dusta (berbohong)
b.      Bila memegang amanah dia khianat
c.       Bila berjanji atau bersumpah dia selalu mungkiri
d.      Berpaling dari medan perang
e.      Apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)

6)      Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:-
a.       Masa sihat sebelum sakit
b.      Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)
c.       Masa lapang sebelum tiba masa sibuk
d.      Masa mudamu sebelum tiba masa tua
e.      Masa hidup sebelum tiba masa mati (H.R. al-Hakim & al-Baihaqi)

7)      5 perkara yang wajib disegerakan
Dari Hatim al-Asam: ‘terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima (5) tempat’, maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:
a.       Apabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk member mereka makan
b.      Apabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut
c.       Apabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya
d.      Apabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya
e.      Apabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya

8)      5 Perang Besar di Zaman Rasulullah SAW
a.       Perang badar
b.      Perang Uhud
c.       Perang Khandak
d.      Perang Muktah
e.      Perang Hunain

9)      5 Orang Nabi Bertaraf Ulul Azmi
Ulul Azmi ialah gelaran yang diberikan kepada rasul-rasul Allah yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyampaikan risalah agama Allah SWT.
Diantara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang dianugerahkan gelaran Ulul Azmi. 5 orang rasul yang memiliki gelaran Ulul Azmi itu ialah:-
a.       Nabi Nuh a.s
b.      Nabi Ibrahim a.s
c.       Nabi Musa a.s
d.      Nabi Isa a.s
e.      Nabi Muhammad SAW

10)   5 sebab digelar Ulul Azmi:-
a.       Mendapat pengiktirafan Allah SWT
b.      Memiliki kesabaran yang tinggi semasa bedakwah
c.       Sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya kaum mereka tidak diturunkan azab
d.      Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya member hidayah kepada kaum mereka
e.      Memiliki keazaman (tekad) yang tinggi, kuat dan kental semasa berdakwah

Sunday, December 4, 2011

AMALAN YANG PATUT DIAMALKAN OLEH PASANGAN SUAMI ISTERI...



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.

Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.

Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”

Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.

Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.

Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.

Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…

Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)

Friday, September 9, 2011

ISU NILAI HANTARAN YG MENJADI PERBUALAN DI FACEBOOK..

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000
KESAN DARIPADA NILAI TERSEBUT: 
Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".
Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat ".. 
Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ". 
Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!
 
P/S: sy amik ni dr FB unt kgsi dgn semua..... hrp halalkn perkongsian ini ye.....

Thursday, May 26, 2011

Petua orang melayu pilih pasangan

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita
mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti
tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu
bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih
pasangan yang mempunyai unsur sepertinya.

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang
ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.


i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas


Wanita berunsur Tanah

Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang
bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela
berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka
bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan
tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa
menjaga kecantikan untuk suami.

 
Wanita berunsurkan Air

Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air
juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita
bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak
membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.



Wanita yang berunsurkan Api

Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga
menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak.

Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam
menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar
kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.



Wanita berunsur Angin

Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan
angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak
suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa
dipenuhi kegembiraan dan ketenangan.

Monday, May 16, 2011

AIR MATA RASULULLAH S.A.W.

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut.Sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yangdicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun engganmengepakkan sayap. Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintaiaku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaaku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah(SAW) yangtenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naikturun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang danAli menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang,saatnya sudah tiba."Rasulullah(SAW) akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah(SAW) yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sanapasti akan menahan detik-detik berlalu.Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah(SAW) masih tertutup.Sedang didalamnya,Rasulullah(SAW) sedang terbaring lemah dengankeningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadialas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?", "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.> >"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata Rasulullah,(SAW).

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.Malaikat maut datang menghampiri, tapi
Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilahJibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allahberfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.

Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullahbersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksamaut ini kepadaku, jangan pada umatku."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidakbergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,Ali segera mendekatkan telinganya."Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku,peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi.. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintaikita.Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Semoga kita dpt i'tibar dan sampaikan pada yang lain...Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Thursday, April 7, 2011

Imam Al-Ghazali dgn teka - teki... Selamat membaca!

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang palin berat didunia "

Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri "