Pages

" ASMA UL-HUSNA "

DENGAN NAMA ALLAH....

“Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku…

amin ya rabbal ‘alamin….”

DAH KENAL? NAK KENAL LG? TENGOK NI YE....

sahabat

“Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik .

Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.”

iklan

Wednesday, July 7, 2010

Rama-rama Dan Cinta Lelaki..

Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yg bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2 ‘sampai hati’ sesama sendiri

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.

Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’. Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN…

Note: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya denagn penuh kehormatan dan kasih sayang."

Secebis Doa..

Ya Allah,...
Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,...
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah,...
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta insane yang tidak menyintai-Mu.
Ya Rabbana,...
Jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati,...
Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah,...
Jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah,...
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.
Ya Allah,...
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,...
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah....
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu....
Amien Ya Robb... Amien Ya Robbal 'Alamien....