Pages

" ASMA UL-HUSNA "

DENGAN NAMA ALLAH....

“Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku…

amin ya rabbal ‘alamin….”

DAH KENAL? NAK KENAL LG? TENGOK NI YE....

sahabat

“Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik .

Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.”

iklan

Tuesday, December 14, 2010

Peringkat-peringkat ISTERI

perkongsian bersama..... dpt ni dlm email... agak menarik unt kita sama2 berfikir....

1.Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya
sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan
suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur.
Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi
meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau
diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun
dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong
suaminya.
Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin.

Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir
zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau
gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2.Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang
perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan
memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak
perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang
diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia
tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar
dengan keadaan itu.
Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah
hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang
memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan
juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu
seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada
dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan.
Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar
dan tidak pula menjadi masalah.
Itulah dia golongan orang yang soleh.

4.Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja
yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka
meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah
puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun
tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah,
dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk
hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.
Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu
sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap,tindakannya, percakapannya selalu sahaja
menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba
salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi,
berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan.
Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua
bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun
demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang
dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa
bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah
berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan
bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka
atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi
apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya
lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah
rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa
sentiasa macam kucing dengan anjing.

renung2kan dan fikir2kan lah....

KISAH 2 MALAIKAT

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya,
"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.”

Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri.
Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa
maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah
kanan katanya,
"Apakah yang harus aku catit?"
Kata malaikat di sebelah kanan,
"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.”
Malaikat yang di kiri bertanya lagi,
"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"
Jawab malaikat kanan,
"Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah
diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10
pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai
tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,
"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.”

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah
tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan
serta kemewahan dunia.

KISAH 5 PERKARA ANEH

saya dapat ni dr email ada member forwardkan....
sy post kat sini unt kongsi dgn kwn2 yg ziarah blog sy unt sama2 dpt ilmu n sebarkan pd kwn2 yang lain....


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi- Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.

Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-

Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia;

Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan;

Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah;

Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan;

Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."

Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan kalimah syukur, "Alhamdulillah".

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."

Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S. W. T. bahawa:

Apa yang engkau makan itu ialah perasaan marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua.

Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.

Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.

Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.

Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S. W. T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu."
--

p/s: Janganlah kamu kisah akan kata-kata orang tentang dirimu. Biarkan orang mengata, asalkan kamu tahu apa yang kamu lakukan itu tidak menyalahi agama dan adab masyarakat. Manusia memang tidak akan berpuas hati dengan apa yang dia ada dan orang sekelilingnya ada. Maka bersyukurlah kamu sekiranya kamu tahu orang itu mengata tentang kamu. Wallahu'alam

KETAM CINA vs KETAM MELAYU

Utk semua... saya ada terbaca kisah ni…
Sj nak kongsi….
sebagai satu pengajaran dalam hidup bermasyarakat:-

untuk renungan bersama....

Ketam Melayu & ketam Cina ada benarnya....
Ketam Melayu & Ketam Cina

Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi
tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina
yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina.......sana dalam bekas
tak ada tutup...ketam melayu la....

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak
kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok dan
kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua
ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluarla.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itukaki
ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar...yang
lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau
ajar yang lain macam mana mau keluar.

Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang
cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam
mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar
berjaya jugak.

Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna
apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor
ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang
pun tak dapat naik . Lepas tu mulala bergaduh sesama sendiri.

Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak
maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukan
semuanak kena 'spoon feed'. Mesti tunjuk usaha (EFFORT) yang betul

Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh
Walia ...'Ke langit
tak cecah ke bumi tak sampai '

Renung2kan lah dan fkir2kan lah….

Doa untuk Anak

Hai semua... .

ada terbaca satu topik dlm sebuah majalah tentang anak-anak. Just nak share dgn u all tentang doa yg diberikan. Maybe boleh kita amalkan atau mungkin ada yg memang mengamalkannya .

1) Bacakan doa di atas kepala anak, hembus di kepalanya, ubun-ubunnya atau jantungnya insyaallah anak tidak degil.

2) Al-Fatihah sebagai satu senjata utk merangsang daripada melakukan sebarang masalah.

3) Ayat Qursi utk menghalau iblis & syaitan. Doa ini juga boleh dibaca utk menghindarkan anasir negatif yg masuk ke dlm badan anak yg menyebabkan mereka degil.

4)Surah Alam Nasyrah. Nabi juga menasihatkan Ali supaya membaca surah ini utk menerangkan hati & mudah ingat. Dan ia dibacakan kepada anak supaya mereka kurang degil dan lembut hati.

5) Surah Adh-Dhuhaa 1-5. Untuk anak yg malas sembahyang, degil, suka bergaduh & tension. Inilah surah utk anak menjadi solehah & soleh, lembut hati & dengar nasihat.

6) Doa Nabi Daud, "Ya Allah lembutkan bagi (nama anak) hati sebagaimana Kau lembutkan besi bagi Nabi Daud".

7) Surah Al-Anbiyaa ayat 69. Utk anak2 yg susah hendak sembahyang & liat sangat, doa yg paling mustajab ialah surah Ibrahim ayat 40, bermaksud " Ya Allah jadikan aku & anak-anakku org yg mendirikan solat".

8) Doa Manzzill - kombinasi ayat Al-Quran yg telah diajar nabi pada para sahabat kemudian ditulis oleh ulama.

9) Doa inilah sebagai senjata paling berkesan yg akan mengukuhkan iltizam kita & mudah menarik rahmat serta hidayat Allah supaya anak2 kita menjadi hebat.

Insyaallah....