Pages

" ASMA UL-HUSNA "

DENGAN NAMA ALLAH....

“Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku…

amin ya rabbal ‘alamin….”

DAH KENAL? NAK KENAL LG? TENGOK NI YE....

sahabat

“Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik .

Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.”

iklan

Sunday, March 20, 2011

ubat terbaik unt menghiburkan hati>> "KETAWA"

DIPECAT

Majikan : Kamu dipecat !
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Sebab itulah kamu dipecat....

CUCI IKAN

Tuan Rumah : Adakah kamu telah mencuci ikan
ini sebelum mengorengnya.
Pembantu Rumah : Saya fikir itu tidak perlu, apa
gunanya mencuci ikan yang memang berada
dalam air seumur hidupnya.

ARNAB

Guru : Orlando, jika saya beri awak dua ekor
arnab hari ini, dan dua ekor lagi pagi esok
berapa ekor arnab yang kamu ada di rumah?
Orlando : Tujuh
Guru : Apa maksud kamu 'Tujuh'?
Orlando : Iyalah, saya sudah ada tiga ekor arnah
di rumah.

JURUTERBANG

Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan
enjin di udara. "Mayday, mayday, mayday......",
terdengar juruterbanng siarkan S.O.S melalui
radio. "Pesanan anda didengar jelas," kata
petugas dek menara pengawas, "Harap
beritahukan tinggi dan posisi anda segera".."Ya
baik" jawab juruterbang itu, "Saya tinggi 1.8 m
dan saya duduk di kerusi paling depan"

ANAK ULAR

Anak Ular : Ibu kita beracun tak?
Ibu Ular : Tidak.......mengapa tanya?
Anak Ular : Saya baru sahaja tergigit lidah saya!

PANGGILAN SAYANG

Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal,
si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata-kata
Sayang............Manis.....Pujaanku.....CIntaku.. ..Hati
ku...dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal
dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh
tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu
dengan kata-kata itu." Mizal mengangkat bahu
dan berbisik, "Sebenarnya, aku lupa namanya
sejak tiga tahun yang lalu."

SAYA TIADA ANAK

Pak Mat sedang menerima panggilan telefon
misteri drpd seseorang. "Anak anda saya culik!
Saya minta wang RM1 juta sekarang juga," kata
lelaki misteri itu. Dengan ragu Pak Mat
menjawab, "Tapi encik, saya tidak punyai anak."
"Kalau begitu, beritahu anak siapa yang saya
telah culik ini, nanti wangnya kita bahagi dua.

MR. BROWN

Suatu hari ada seseorang ingin menelefon
Mr.Brown
Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan
Mr.Brown?
Penerima : Oh, ini Mr.Black.
Penelefon : Ooops sorry, wrong colour!

BADAK MERAH

A : Kenapa badak kukunya merah?
B : hmmm...apa ya...tak tahu
A : Supaya dapat sembunyi di sebalik pohon epal
B : Ah bohong....mana ada badak boleh sembunyi
di balik pohon epal?
A : Tak pernah lihat kan? Itu bererti badak itu
berjaya bersembunyi laaaa....

No comments:

Post a Comment