Pages

" ASMA UL-HUSNA "

DENGAN NAMA ALLAH....

“Hidup bukanlah merupakan suatu beban yang harus dipikul, tapi merupakan suatu anugerah untuk dinikmati.

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku…

amin ya rabbal ‘alamin….”

DAH KENAL? NAK KENAL LG? TENGOK NI YE....

sahabat

“Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik .

Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.”

iklan

Wednesday, December 21, 2011

ANGKA 5 DALAM ISLAM


Angka 5 banyak sekali dikaitkan dengan amalan dan peristiwa Islam. Antaranya ialah:-

1)      5 waktu solat fardhu semalam yang wajib didirikan oleh setiap individu Muslim:
a.       Subuh
b.      Zuhur
c.       Asar
d.      Maghrib
e.      Isyak

2)      5 rukun Islam iaitu:-
a.       Mengucap dua kalimah Syahadah
b.      Solat 5 waktu sehari semalam
c.       Berpuasa di bulan Ramadhan
d.      Mengeluarkan zakat
e.      Mengerjakan haji di Baitullah

3)      5 hukum syariah Islamiyah iaitu:-
a.       Wajib
b.      Haram
c.       Sunat
d.      Makhruh
e.      Mubah (Harus)

4)      5 dosa besar yang dirakamkan di dalam Al-Quran:-
a.       Syirik kepada Allah
b.      Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alas an yang hak
c.       Memakan riba
d.      Memakan harta anak-anak yatim
e.      Menuduh wanita-wanita baik. Terpelihara kehormatan lagi terpelihara keimanannya melakukan zina

5)      5 perkara yang menyebabkan seseorang itu tercebur di dalam munafik tulen, iaitu:-
a.       Suka bercakap dusta (berbohong)
b.      Bila memegang amanah dia khianat
c.       Bila berjanji atau bersumpah dia selalu mungkiri
d.      Berpaling dari medan perang
e.      Apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)

6)      Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:-
a.       Masa sihat sebelum sakit
b.      Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)
c.       Masa lapang sebelum tiba masa sibuk
d.      Masa mudamu sebelum tiba masa tua
e.      Masa hidup sebelum tiba masa mati (H.R. al-Hakim & al-Baihaqi)

7)      5 perkara yang wajib disegerakan
Dari Hatim al-Asam: ‘terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima (5) tempat’, maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:
a.       Apabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk member mereka makan
b.      Apabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut
c.       Apabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya
d.      Apabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya
e.      Apabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya

8)      5 Perang Besar di Zaman Rasulullah SAW
a.       Perang badar
b.      Perang Uhud
c.       Perang Khandak
d.      Perang Muktah
e.      Perang Hunain

9)      5 Orang Nabi Bertaraf Ulul Azmi
Ulul Azmi ialah gelaran yang diberikan kepada rasul-rasul Allah yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyampaikan risalah agama Allah SWT.
Diantara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang dianugerahkan gelaran Ulul Azmi. 5 orang rasul yang memiliki gelaran Ulul Azmi itu ialah:-
a.       Nabi Nuh a.s
b.      Nabi Ibrahim a.s
c.       Nabi Musa a.s
d.      Nabi Isa a.s
e.      Nabi Muhammad SAW

10)   5 sebab digelar Ulul Azmi:-
a.       Mendapat pengiktirafan Allah SWT
b.      Memiliki kesabaran yang tinggi semasa bedakwah
c.       Sentiasa memohon kepada Allah SWT supaya kaum mereka tidak diturunkan azab
d.      Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya member hidayah kepada kaum mereka
e.      Memiliki keazaman (tekad) yang tinggi, kuat dan kental semasa berdakwah

No comments:

Post a Comment